Galeri

 
Platinum Arowana

Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.

                                                           Red Tail Golden Arowana 

Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima.Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super highback.
 
                                                      Crossback Malaysian Golden

Ianya adalah salah satu spesis yang mahal bagi jenis arowana Asia.Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana ‘Golden Bluebase’ iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana ‘Golden Crossback’, jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai ‘Super Highback’. 

                                                                Arowana Super Red

Arowana jenis Super Red berasal dari Sungai Kapuas dan Danau Sentarum di Kalimantan Barat, Indonesia. Arowana Super Red adalah gabungan daripada arowana jenis Chili Red dan Blood Red. Oleh sebab itu harga arowana Super Red lebih murah berbanding jenis asalnya iaitu Chili Red dan Blood Red.Arowana Super Red mempunyai warna merah yang menyerlah dan sangat cantik ketika mencapai usia matang terutama pada bahagian hujung sisik badan, pipi dan insang. Lazimnya terdapat 4 jenis arowana merah iaitu Chili Red, Blood Red, Orange Red dan Golden Red.Arowana jenis Super Red, Chili Red dan Blood Red dikelaskan sebagai Merah Gred Pertama berbanding dengan jenis Orange Red dan Golden Red yang dikelaskan dengan gred yang lebih rendah. Sejak kecil lagi arowana jenis Super Red ini sudah memiliki warna merah pada sirip ekor, atas dan bawah. Kemudian akan muncul warna merah pada bahagian pipi dan insang setelah meningkat dewasa. Warna merah pada sisik akan mulai muncul setelah berumur lebih kurang 3 hingga 4 tahun. Namun terdapat pelbagai cara untuk membantu mempercepatkan perkembangan warna seperti pemberian makanan yang bagus atau dengan menempatkan ikan di dalam kolam yang terkena sinar matahari secara terus.

 
Arowana Highback

Arowana jenis Indonesian Golden berasal dari Pekan Baru, Sumatera, Indonesia. Arowana jenis ini berharga lebih murah berbanding dengan harga arowana Malaysian Golden. Ini adalah kerana warna keemasan yang terdapat pada arowana Indonesian Golden kelihatan kusam dan tidak secantik seperti Malaysian Golden.Sisik keemasan pada arowana Indonesian Golden hanya mampu sampai pada baris ke 4 sahaja. Arowana jenis ini juga mempunyai variasi warna dasar yang berlainan antaranya blue base, golden base dan green base. Arowana jenis Indonesian Golden di Malaysia lebih dikenali dengan nama Highback. Ini adalah kerana arowana jenis Indonesian Golden di Malaysia telah dikacukkan dengan arowana jenis Malaysian Golden. Jadi arowana jenis Highback mempunyai warna emas yang lebih cantik dan sisik keemasannya mampu mencapai sehingga baris ke 5.Jika bernasib baik, sisik keemasan arowana jenis Highback ini mampu mencapai baris ke 6 dan dipanggil Super Highback dan harganya lebih mahal dari jenis Highback. Terdapat pelbagai nama untuk arowana Indonesian Golden antaranya Red Tail Golden (RTG), Highback dan Highback Red Tail Golden (HBRTG). Walaupun digelar dengan pelbagai nama ia tetap adalah spesis yang sama iaitu Indonesian Golden. 

                                                             Arowana Banjar Red

Arowana Banjar Red berasal dari Banjar Masin, Indonesia. Arowana jenis ini dikelaskan sebagai arowana merah kelas ke dua. Walaupun dipanggil dengan perkataan "Red" arowana jenis ini tidak mempunyai sedikit pun warna merah pada keseluruhan warna fizikalnya. Warna badannya sedikit kehijauan dan kekuningan manakala hujung sirip atas dan bawah serta ekornya berwarna kuning ataupun oren. Walaupun harganya murah tetapi arowana jenis Banjar Red ini memiliki peminatnya yang tersendiri kerana warna ekornya yang terang serta bentuk badannya yg menarik. Semasa kecil arowana jenis ini lebih mirip kepada arowana jenis Super Red. Ini adalah kerana sirip atas dan bawah serta ekornya berwarna merah sama seperti anak arowana Super Red. Amat sukar untuk membezakan arowana jenis Banjar Red dan Super Red ketika masih kecil.Apabila meningkat dewasa barulah berlaku perubahan warna yang ketara pada sirip, sisik dan ekornya. Arowana Banjar Red yang mencapai umur matang mempunyai warna kehijauan dan kekuningan pada sisik badan. Hujung sirip atas dan bawah serta ekornya pula berwarna kuning atau oren.


 
Silver Arowana

Silver Arowana (Osteoglossum bicirrhosum) berasal dari Amazon Basin. Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi dengan warna perak, dan biasanya ikan arowana perak ini adalah jenis arowana kelas yang paling ekonomi jika dibandingkan dengan jenis-jenis spesis Arowana yang lain serta ianya juga senang dipelihara.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme