Pengenalan
9:24 AM
azan
,
1 Comment
Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu. Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor. Mereka pandai melompat, dan banyak yang mencari makan berhampiran permukaan air.
Ikan kelisa terbahagi kepada sepuluh spesies: tiga dari Amerika Selatan, satu dari Afrika, empat dari Asia dan dua lagi dari Australia. Scleropages formosus
- Kelisa Emas
- Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue; nama sainsnya Scleropages formosus)
- Ikan Kelisa Emas Indonesia: (Indonesian Golden atau Red-Tailed Golden Arowana; nama sainsnya Scleropages aureus)
Ikan Kelisa adalah di bawah CITES (Convention on International Trade in Endangered Species). Dilarang menjual atau membeli Ikan Kelisa tanpa permit. Kebanyakan Ikan Kelisa di dalam akuarium rumah adalah daripada "fish farm" yang membiak ikan ini untuk dijual dan dieksport ke negeri lain, seperti Jepun dan Amerika.
10 videos you can get to watch live from YouTube
Stream 유튜브 live sports from your desktop or your phone with the right equipment. You don't need to wait, there are thousands of · · 1 hr · 2 hr