• Imagen 1 AROWANA SUPER RED
    Arowana jenis Super Red berasal dari Sungai Kapuas dan Danau Sentarum di Kalimantan Barat, Indonesia. Arowana Super Red adalah gabungan daripada arowana jenis Chili Red dan Blood Red.

Tips-tips Membeli Ikan Kelisa


Semasa memilih ikan arowana, kesihatan arowana adalah perkara paling asas yang perlu dipertimbangkan. Pilihlah arowana yang aktif sahaja. Jangan sesekali membeli arowana yang suka bersembunyi di penjuru, berenang tidak normal atau yang berpenyakit. Antara tanda-tanda berpenyakit atau kecacatan yang dihadapi arowana ialah seperti sepasang sesirip pektoral yang terkapit, sesirip pektoral yang tidak sama panjang atau terlalu membengkok, konfigurasi sesisik yang tertonjol, dubur tersembul, bebola mata berselaput dan bernafas terlalu cepat (rapid breathing). 

Pastikan kedua-dua bebola mata haruslah kelihatan jernih dan bersih serta bebas daripada sebarang selaput tebal, mulut dan rahang haruslah tertutup sempurna, sepasang sesungut di hadapan rahang bawah haruslah sama panjang serta tidak bergulung, antara bahagian kepala dengan tubuh haruslah melandai, bentuk keseluruhan tubuh haruslah serata serta seimbang, sesisik haruslah tersusun rapi serta kelihatan seimbang, manakala sesirip haruslah sepadan dengan saiz tubuh (tidak terlalu besar atau sebaliknya) serta terbuka sepenuhnya. Warna arowana pula harus dititikberat berdasarkan kepada tanda-tanda pembeza keturunan (strain), samada mereka daripada kategori Emas, Merah atau Hijau.

Rahang bawah yang menonjol ke atas akan kelihatan lebih ketara, tatkala arowana itu semakin membesar. Ketidak-seimbangan tumbesaran seperti berkepala atau bermata terlalu besar, adalah petanda bahawa arowana mengalami kebantutan akibat kerencatan atau kelengkungan tulang spinalnya (spinal curvature). Sesirip yang besar lebih digemari oleh kebanyakan para penggemar, tetapi hal ini tidak perlu terlalu difikirkan kerana ia akan kelihatan mengecil apabila arowana semakin membesar.
 
Arowana harus pantas dan tangkas berenang dengan kesemua sesiripnya terbuka luas (termasuk sepasang sesirip pektoral). Arowana juga seharusnya tidak terlalu liar dan sentiasa bersedia untuk diberi makan. Adalah sukar untuk mengenalpasti tanda-tanda pembeza keturunan, jika arowana masih terlalu kecil. Jesteru, sukar jualah bagi menentukan gred-grednya. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya mendapatkan arowana dewasa bagi tujuan pengenalpastian. Jangan sesekali membeli arowana yang baru sahaja tiba di kedai. Kerana dikuatiri ikan itu terkena wabak atau jangkitan.

Makanan Ikan Kelisa

Arowana adalah sejenis ikan pendaging (carnivorous). Di alam liar, makanan rutinya terdiri daripada serangga, ikan-ikan kecil, udang-udang kecil, cacing dan amfibia kecil. Makanan mentah amat digemari arowana, tetapi ia juga boleh dilatih untuk menerima kepelbagaian makanan alternatif yang lain. Mempelbagaikan makanan arowana adalah satu kemestian, bagi mengelakkan dirinya daripada kekurangan zat-zat makanan sebagai sumber utama tumbesarannya.

Arowana kecil (bawah 15sm) harus diberi makan tiga kali sehari, arowana muda (15-35sm) dua kali sehari manakala arowana dewasa (35sm ke atas) pula sekali sehari atau berselang sehari. Ikan hidup yang tinggi kandungan lemak, hanya boleh dijarakkan pemberiannya kepada arowana bagi mengelakkan permasalahan sindrom bermata jatuh (down-eyed syndrome). Jika arowana terlebih diberi makan (over fed) dalam jangka-waktu yang berterusan, ini menyebabkan ia mula kehilangan selera untuk makan, jesteru akan melaparkan dirinya selama beberapa hari. Terlebih diberi makan juga mampu memendekkan jangka-hayat arowana malah memudaratkan keupayaannya untuk membiak.

Makanan hidup umumnya lebih berzat berbanding makanan sejawatnya yang lain. Walaubagaimanapun, risiko penyebaran wabak penyakit adalah lebih tinggi dengan kepenggunaan makanan jenis ini. Makanan-makanan hidup haruslah dikuarantin beberapa hari sebelum diberi kepada arowana. Jika anda khuatir dengan jenis-jenis makanannya yang tertentu, kata-kata ingatan buat anda tentang perkara ini adalah; "Jika Terdapat Sebarang Keraguan, Jangan Sesekali Menggunakannya."

Cengkerik:
Cengkerik adalah sejenis makanan yang berkhasiat untuk arowana. Risiko penyebaran wabak penyakit juga rendah. Gunakan saiz cengkerik yang sesuai bagi setiap saiz arowana. Kaki cengkerik yang berduri halus, haruslah dibuang sebelum diberi kepada anak-anak arowana bagi mengelakkan kecederaan usus. Dapatkan cengkerik yang diternak daripada penternak cengkerik sahaja (yang ada dijual di kedai ikan), memandangkan cengkerik liar dibimbangi telah dicemari dengan racun serangga perosak. Anda juga boleh memberi makan cengkerik-cengkerik dengan makanan bervitamin seperti lobak merah sebelum diserahkan kepada arowana. Ini adalah cara terbaik bagi memindahkan khasiat. Vitamin A daripada lobak merah mampu meningkatkan warna arowana (terutama sekali arowana kategori Merah).

Lipas:
Sama seperti cengkerik. Jangan sesekali beri lipas mati kepada arowana kerana dikhuatiri lipas tersebut telah dicemari racun serangga. Adalah dinasihatkan, supaya mengkuarantin lipas-lipas beberapa hari sebelum digunakan. Ini bertujuan sebagai pengesahan, kerana lipas-lipas yang telah dicemari racun serangga pasti akan mati dalam tempoh beberapa hari kemudian.

Lipan:
Lipan juga adalah sejenis makanan arowana yang sangat berkhasiat. Ia sering digunakan di Asia khusus bagi meningkatkan warna arowana. 

Ikan Hidup:
Selagi ia tidak beracun manakala saiznya mudah untuk dihadam, bolehlah dijadikan makanan arowana.Ikan-ikan umpanan seperti ikan-ikan peragut kecil, anak-anak koi, anak-anak keli, anak-anak toman, dan anak-anak tilapia adalah antara yang boleh digunakan. Perlu diingat, terdapat potensi penyebaran wabak penyakit apabila makanan jenis ini digunakan. Jesteru, langkah yang bijak adalah dengan mengkuarantin bagi mengetahui sebahagian ikan-ikan yang sakit. Untuk memindahkan zat-zat atau unsur-unsur ubatan kepada arowana, ikan-ikan tersebut haruslah diberi makan dengan makanan-makanan yang berzat. Sesetengah ikan seperti ikan mas misalnya, kaya dengan kandungan lemak dan dibimbangi akan mengundang masalah sindrom bermata jatuh. Ikan mas juga dipercayai mengandungi enzim-enzim yang mampu menyusutkan zat-zat dalam tubuh arowana. Oleh itu, cuba jarakkan kepenggunaannya atau dengan tidak menggunakannya sama sekali.

Udang Kecil & Sederhana:
Udang bersaiz kecil dan sederhana kaya dengan vitamin A. Elakkan daripada memberi makan anak-anak arowana dengan makanan jenis ini kerana kulit udang sukar untuk dicernakan, malah boleh mencederakan usus. Gunakan kuantiti udang yang perlu sahaja dan jangan sesekali dibiarkan sehingga udang-udang ini berlegar-legar di dasar tangki. Jika dibiarkan berterusan, pasti menjerumuskan arowana untuk mencari dan merenung ke dasar dalam tempoh yang tertentu, jesteru dikhuatiri akan menyegerakan sindrom bermata jatuh. Adalah diingatkan, udang juga berpotensi dalam menyebarkan wabak penyakit.

Cacing Burung:
Cacing burung (mealworm) amat menyihatkan lagi berkhasiat. Elakkan daripada diberi kepada anak-anak arowana, kerana cengkerang atau kulitnya yang keras kelak menyukarkan penghadaman dan akan menjurus kepada masalah ketidakcernaan atau kecederaan dalaman. Gunakan hanya cacing burung yang baru sahaja menggelupaskan kulitnya. Kulit cacing burung yang berwarna gelap menandakan ia agak tua. Jadi, pilihlah cacing burung yang berwarna cerah. Teknik melemaskan cacing burung sebelum diberikan kepada arowana adalah disyorkan, itupun jika arowana dapat menerima cacing burung yang telah mati. Kepala cacing burung haruslah dibuang terlebih dahulu bertujuan mengurangkan masalah ketidakhadaman.






Ikan Kelisa Emas Indonesia

Ikan Kelisa Emas Indonesia (bahasa Inggeris Red-Tailed Golden Arowana) nama saintifik ("Scleropages aureus") terdapat di utara Sumatera, Indonesia. Ahli taksonomi tradisional menggolongkannya sebagai spesies yang sama dengan Ikan Kelisa Emas Malaysia.
Ikan Kelisa Emas Indonesia memiliki sisik keemasan, tetapi bahagian belakang dan ridip bewarna merah keperangan. Ikan Kelisa Emas Indonesia matang memiliki sisik emas berkilauan melintang pada penutup ingsang, perut dan selaput ridip pelvik, sungguhpun hitam di bahagian belakang. Bagi ikan muda kawasan tersebut bermula sebagai perak berkilauan. Bahagian sifir belakang dan bahagian bawah ridip adalah perang muda hingga merah gelap.

Ikan Kelisa Emas Malaysia

Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue) nama sainsnya Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah di Indonesia. Terdapat juga Ikan Kelisa Emas Indonesia ("Scleropages aureus") . Ikan ini adalah tempatan di Asia Tenggara, Ikan Kelisa Emas Malaysia mendiami sungai air hitam, sungai mengalir perlahan melalui paya dan tanah basah. Ikan dewasa memburu ikan lain sementara ikan anak memakan serangga.



Ikan akuarium popular ini memiliki kepentingan budaya di kawasan yang dipengaruhi budaya Cina. Nama ikan naga berasal dari persamaan mereka dengan naga Cina. Kemashuran ini mempunyai kesan positif dan negetif pada status mereka sebagai spesies terancam.

Evolusi dan Taxonomi

Sebagaimana semua ahli Osteoglossidae, Ikan Kelisa Emas Malaysia mudah sesuai dengan air tawar dan tidak mampu hidup dalam laut. Dengan itu taburan mereka dikebanyakan pulau di Asia Tenggara mencadangkan mereka berpisah dari osteoglossid lain sebelum pergerakan plat tektonik sempurna. Kajian genetik telah mengesahkan hipothesis ini, menunjukkan bahawa leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia berasal dari leluhur ikan kelisa Australia, S. jardinii dan S. leichardti, sekitar 140 juta tahun dahulu, semasa tempoh Awal Kretaceous. Perpecahan ini berlaku di pinggir timur Gondwanaland, dengan leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia di bawa pada benua India atau tanah lebih kecil ke Asia. Persamaan morphologi bagi kesemua spesies Scleropages menunjukkan hanya sedikit perubahan evolusi berlaku baru-abru ini bagi ikan kuno ini.
Gambaran pertama bagi spesies ini diterbitkan antara 1839 dan 1844 (1844 merupakan tarikh biasa disebut) oleh sejarahwan semulajadi Jerman Salomon Müller dan Hermann Schlegel, di bawah nama Osteoglossum formosum, sungguhpun spesies ini diletakkan dalam Scleropages dengan nama S. formosus.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Rancangan Agrotek di RTM 1 yang ditayangkan pada hari Sabtu 27 Februari 2010, pukul 6.30 hingga 7.00 pm, Ikan Arowana ataupun Ikan Kelisa Emas Malaysia yang diternak didalam Tasik Bukit Merah, Perak merupakan spesies ikan Arowana yang termahal didunia.
Ikan Kelisa Emas amat popular dikalangan pengemar ikan. Sebagai ikan perhiasan, ikan Kelisa Emas mempunyai keistimewaan karena pergeraknya yang indah mempesona. Selain itu susunan sisiknya yang besar dan berkilat merupakan daya pemikat yang istimewa dari ikan hiasan ini.
Ikan Kelisa Emas termasuk dalam marga Sclerophages, suku Osteoglossidae, dan bangsa Malacopterygii, dengan klasifikasi lengkap:
  • Filum : Chordata
  • Anak filum : Vertebrata
  • Kelas : Pisces
  • Anak kelas : Teleostei
  • Bangsa : Malacopterygii
  • Suku : Osteoglossidae
  • Marga : Sclerophages
  • Jenis : Sclerophages formosus
Beberapa jenis warna berbeza semulajadi diakui, setiap satu terdapat di daerah mukabumi khusus. Ia termasuk yang berikut:
  • Hijau adalah jenis paling biasa, terdapat di Indonesia (Kalimantan dan Sumatera), Vietnam, Myanmar, Thailand, Cambodia, dan Malaysia.
  • Perak Asia "silver Asian" (jangan dikelirukan dengan Kelisa Perak "silver arowana", Osteoglossum bicirrhosum) yang dianggap sebagai jenis hijau oleh sesetengah pihak. Ia terdapat dala dua jenis, "jalur ekor kelabu" atau "Pinoh arowana," dan jalur ekor kuning "yellow tail silver," setiapnya terdapat dibahagian berlainan di pulau Borneo di Indonesia.
  • Emas ekor merah "red-tailed golden" didapati di utara Sumatera, Indonesia.
  • gold crossback, blue Malayan, atau Bukit Merah blue adalah tempatan bagi negeri Pahang dan daerah Bukit Merah di Perak, Semenanjung Malaysia.
  • Merah, super red, blood red, atau chili red hanya terdapat di hulu sungai Kapuas dan tasik berdekatan di barat Borneo, Indonesia.


 

Pengenalan


Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu. Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor. Mereka pandai melompat, dan banyak yang mencari makan berhampiran permukaan air.

Ikan kelisa terbahagi kepada sepuluh spesies: tiga dari Amerika Selatan, satu dari Afrika, empat dari Asia dan dua lagi dari Australia. Scleropages formosus
  • Kelisa Emas
    • Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue; nama sainsnya Scleropages formosus)
    • Ikan Kelisa Emas Indonesia: (Indonesian Golden atau Red-Tailed Golden Arowana; nama sainsnya Scleropages aureus)
Ikan Kelisa adalah di bawah CITES (Convention on International Trade in Endangered Species). Dilarang menjual atau membeli Ikan Kelisa tanpa permit. Kebanyakan Ikan Kelisa di dalam akuarium rumah adalah daripada "fish farm" yang membiak ikan ini untuk dijual dan dieksport ke negeri lain, seperti Jepun dan Amerika.

powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme